Wednesday, August 25, 2010

♥~ UmRaH WaL ZiARaH 2009~ ♥

Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.

Hukum Menunaikan Umrah: Pendapat jumhur ulamak mengatakan 'umrah itu wajib dilakukan seumur hidup sekali. Jika diulangi menjadi sunat dan memperolehi pahala yang banyak. Apa lagi jika ditunaikan dalam bulan puasa.

Syukur Alhamdullillah kerana diberi peluang untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah dan Madinah bersama keluarga pada December 2009.. Kami sekeluarga menaiki pesawat MAS di KLIA untuk berlepas ke Jeddah yang memakan selama 8 jam.. Kami diberi penerangan oleh staff TH travel.. Sampai di kawasan Miqat, kami disuruh berniat ihram.. Selepas itu kami diminta untuk membaca talbiah:


"Labbaikallah hummalabbaik
Labbaikala shari kalakalabaik
Innalhamda, wanni'kmata
Lakawanmulk lasharikalak...."


Ertinya :

"(Ya Allah!) Hamba-Mu datang menyambut panggilan-Mu,
tiada sekutu bagi-Mu (Ya Allah),
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu,
tiada sekutu bagi-Mu (Ya Allah),
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu...
Sesungguhnya, segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu,
tiada sekutu bagi-Mu"



Kami menaiki bus dari Airport Jeddah ke Zam Zam Hotel.. Selepas check-in dan meninggalkan luggage di bilik masing-masing kami terus ke Masjidil Haram untuk mengerjakan Tawaf dan Sa'ie.

Zam Zam Tower


Masjidil Haram di waktu siang



Masjidil haram di malam hari


Saat Kaa'bah di depan mata, terpana seketika.. Rasa macam dalam mimpi.. Syahdu and sayu sangat sebab tak sangka bole sampai depan Kaa'bah.. Slalu tengok kat tv je.. Lepas selesai tawaf sa'ie plak..

Kaabah depan mata ;)



Sa'ie


Lepas sa'ie tu kami semua berehat-rehat.. Tiada aktiviti keesokan harinya.. Jadi kami pegi beli Jubah dan barang-barang lain..Hari yang berikut tu kami melawat beberapa tempat seperti ladang unta dan Jabal Rahmah..
Bagi unta makan


Jabal Sur


Mak, Adik & Tok Chaq

Adik kat Jabal Rahmah


Lepas beberapa hari di Mekah kami pergi ke Madinah.. Kat Madinah ade beberapa tempat yang kami ziarah termasuklah ladang kurma..Tengok je gambar kat bawah ni :

Masjid Qiblatain

Ladang kurma

Three Fingers

Madain Salleh

Tempat simpan mayat zaman dolu2

Masjid Nabawi

No comments:

Post a Comment